KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA

Sunday, November 14, 2010

PSIKOLINGUISTIK

PSIKOLINGUISTIK

nBidang ilmu antara disiplin (dua disiplin yang bersatupsikologi dan linguistik)



nPsikologi adalah satu bidang ilmu yang menumpukan pengkajian kepada 2 perkara utama:

  (iaspek-aspek yang berkaitan dengan akal   budi/jiwa manusia

  (ii)  perilaku manusia



nLinguistik ialah satu bidang yang bersifat saintifikmengkaji aspek-apek bahasa secara 


  empirikal atau bersistem



nBahan kajian linguistik ialah bahasa

nIlmu linguistik ialah bidang tentang bahasa dan cara bahasa berfungsi bagi membantu
   manusia mencapai matlamat menghadapi kehidupan harian

nPengetahuan bahasa ada dua, iaitu:
  (ikekangan nahu (fonologi, fonetik,sintaksis,   semantik)
  (ii)  kekangan sosial (apa yang diizinkan oleh   sosial untuk dituturkan dalam sesuatu  
        keadaan tertentu)



Takrif Psikolinguistik

nDisiplin ilmu yang mengkaji psikologi dan linguistik

nKajian aspek-aspek bahasa dan akal budi manusia

nMenganalisis pemikiran manusia sewaktu orang itu berbahasa

nBidang antara psikologi dan linguistik

nMangantar Simanjutak (1987: 1) – psikolinguistik adalah gabungan dua patah kata, iaitu ‘psikologi’ dan ‘linguistik’ yang merupakan dua disiplin yang berlainan dan berdiri sendiri.

nAitchison (1987: 119) – Psikolinguistik sering ditakrifkan sebagai kajian tentang bahasa dan akal budi.  Ia menyelidiki apa yang berlaku di dalam akal budi manusia apabila seseorang memperoleh, memahami, menghasilkan dan menyimpan  unsur-unsur kebahasaan.

nAitchison telah membahagikan bidang kajian disiplin psikolinguistik kepada 4 topik utama:
  iAspek-aspek yang berkaitan dengan pemerolehan pengetahuan bahasa pertama atau
      bahasa ibunda
  ii.  Aspek-aspek yang berkaitan dengan proses pemahaman input-input bahasa
  iii.  Aspek-aspek yang berkaitan dengan proses penghasilan output-output bahasa
  iv.  Aspek-aspek yang berkaitan dengan penyimpanan bahan-bahan bahasa atau
       pengetahuan bahasa

nSecara umumnya, psikolinguistik merupakan satu bidang yang mengkaji mekanisma mental semasa manusia berbahasa, sama ada semasa penghasilan output atau pemahaman input bahasa.

nGarnham (1984:1) – psikolinguistik adalah kajian tentang mekanisma mental yang membolehkan manusia menggunakan bahasa.  Ia adalah satu disiplin saintifik di mana tujuannya adalah penteorian secara utuh tentang cara bahasa dihasilkan dan difahami

nDalam erti kata lain, psikolinguistik adalah satu disiplin ilmu yang mengkaji secara saintifik apa yang berlaku dalam akal budi manusia semasa seseorang berbahasa, sama ada untuk proses penghasilan atau pemahaman unsur-unsur bahasa.





PEMEROLEHAN BAHASA

nPemerolehan bahasa atau akuisisi bahasa adalah proses yang berlangsung didalam otak kanak-kanak ketika dia memperoleh bahasa pertamanya atau bahasa ibunya.

nPemerolehan bahasa biasanya dibezakan dengan pembelajaran bahasa.

nPembelajaran bahasa berkaitan dengan proses-proses yang terjadi pada waktu seorang kanak-kanak mempelajari bahasa kedua setelah dia memperoleh bahasa pertamanya. Jadi,pemerolehan bahasa berkenaan dengan bahasa pertama, sedangkan pembelajaran bahasa berkenaan dengan bahasa kedua (Chaer, 2003:167).

nJusteru, pemerolehan memiliki ciri-ciri yang berbeza dengan pembelajaran (Cox, 1999;Musfiroh, 2002)





PERBEZAAN PEMEROLEHAN BAHASA DENGAN PEMBELAJARAN BAHASA

nPemerolehan Bahasa

1.  Berfokus pada bentuk-bentuk bahasa
2.  Keberhasilan didasarkan pada penguasaan bentuk-bentuk bahasa
3.  Bahan ditekankan pada idea dan minat anak
4.  Kesalahan merupakan hal yang wajar
5.  Pemerolehan merupakan proses bawah sedar dan terjadi melalui pemajanan dan masukan yang dapat difahami anak
6.   Penekanan pada tumbuhnya kecekapan berbahasa secara alamiah





PERBEZAAN PEMEROLEHAN BAHASA DENGAN PEMBELAJARAN BAHASA

nPembelajaran Bahasa

1.  Berfokus pada bentuk-bentuk bahasa
2.  Pembetulan kesalahan sangat penting untuk mencapai tingkah penguasaan
3.  Aktiviti berpusat pada anak, bahasa, aktiviti-aktiviti di bawah arahan guru
4.  Belajar merupakan proses sedar untuk menghafal kaedah, bentuk, dan struktur
5.  Penekanan pada kemampuan produksi mungkin dihasilkan dari ketertarikan
  pada tahap awal.



nPerbandingan Pembelajaran Bahasa dengan Pemerolehan Bahasa

nSofa (2008) mengatakan bahwa proses anak mulai mengenal komunikasi dengan lingkungannya secara verbal disebut dengan pemerolehan bahasa anak.

nPemerolehan bahasa pertama (B1) (anak) terjadi bila anak yang sejak semula tanpa bahasa kini telah memperoleh satu bahasa. Pada masa pemerolehan bahasa anak, anak lebih mengarah pada fungsi komunikasi daripada bentuk bahasanya.

nPemerolehan bahasa anak-anak dapat dikatakan mempunyai ciri kesinambungan,memiliki suatu rangkaian kesatuan, yang bergerak dari ucapan satu kata sederhana menuju gabungan kata yang lebih rumit.

nSelain aspek kognitif anak, pemerolehan bahasa pertama juga memiliki hubunganyang erat dengan perkembangan sosial anak dan hubungannya dengan pembentukan jatidiri sosial.

nMempelajari bahasa pertama merupakan salah satu perkembangan menyeluruh anak menjadi anggota penuh sesebuah masyarakat.

nBahasa memudahkan anak-anak mengekspresikan gagasan, dan kemahuannya dengan cara yang benar





PENGUASAAN BAHASA PERTAMA (BAHASA IBUNDA)

nMenurut ahli psikolinguistik, proses kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda adalah dengan cara terus, iaitu tidak melalui sebarnag aktiviti terjemahan daripada bahasa-bahasa lain

nKanak-kanak menguasai pertuturan tanpa pelajaran tatabahasapertuturan adalah hasil daripada pendengaran kebiasaan bahasa atau kelaziman bahasa

nBahasa ibunda bukan dipelajari secara formal

nKanak-kanak suka menirumereka bukan sahaja dapat menyebut bunyi-bunyi yang diucapkan tetapi juga boleh menangkap rentak, irama, gaya dan susuk ayatnya sekali

n4 perkara penting dalam penguasaan bahasa pertama:

.Pendengaran yang baik
.Cukup perkara-perkara yang hendak didengar
.Mempunyai peluang untuk mendengar dan untuk menjawab
.Pembelajaran secara mengajuk, mengulang dan menghafaz



nPeringkat Penguasaan Bahasa Pertama Kanak-kanak

nPERINGKAT PERTAMA DALAM PENGUASAAN FONETIK
  iMenangis (1 hingga 7 bulan)

  ii.  Babbling  (8 bulan ke atas): Kanak-kanak suka bermain-main dengan bunyi, meniru-niru bunyi yang didengarnya dan berlatih secara konsisten membunyikan bunyi-bunyi itu

  iii.  Lallation (secara bergema):  Kanak-kanak  mengulang-ulang bunyi yang baru dibuatnya

  iv.  BercakapIni berlaku setelah kanak-kanak dapat mengawal alat-alat artikulasinya, terutamanya dari umur  2 tahun. Perkembangan perbendaharaan kata semakin pesat apabila umur meningkat antara 2 – 8 tahunKetika umur 5 tahun, mereka harus menguasai lebih kurang 2000 patah perkataanPada usia ini mereka sudah mempunyai kebolehan menggunakan struktur ayat dan kebanyakan unsur tatabahasa dengan betul, susunan perkataan dan intonasi yang betul





PERINGKAT PERTAMA DALAM PENGUASAAN MAKNA

  iMenangis mempunyai makna (sebagai alat   pelahiran perasaan) – ibu bapa memberi   perhatian  atau tindak balas

  ii.  Pada peringkat babbling, ibu bapa    berperanan memberikan makna kepada   bunyi-bunyi yang dibuat oleh kanak-kanak.    Misalnya ‘pa pasebagai bapa atau ‘ma ma’   sebagai emak.

  iii.  Nama benda dikuasai terlebih dahulu.    Penggolongan kata yang lain seperti kata   kerja, kata sifat, kata seruan dll.





PENGUASAAN BAHASA PERTAMA KANAK-KANAK

.Kanak-kanak belajar makna melalui keperihalan keadaanmenguasai bahasa dengan meniru

.Kanak-kanak mempelajari satu makna pada satu-satu ketikaMisalnnya perkataanmakcikdigunakan untuk semua wanita

.Kanak-kanak cepat belajar dengan membuat analogi

.Makna yang diberikan oleh kanak-kanak adalah bergantung kepada latar belakang pengalaman mereka

.Bahasa dipelajari dalam satu persekitaran sosial untuk tujuan-tujuan kemasyarakatan


.Kanak-kanak lebih banyak belajar bahasa daripada rakan sepermainan (antara 3 atau 4 tahun) dan hanya sedikit daripada ibu bapa dan orang-orang dewasa


.Penguasaan bahasa ibunda adalah suatu proses seumur hidupkanak-kanak perlu terus diajar secara sistematik, terkawal dan teratur supaya dapat dijadikan alat komunikasi






PENGUASAAN BAHASA KEDUA


nPenguasaan bahasa kedua bukan didapati melalui pemerolehan tetapi dikuasai melalui pembelajaran


nLima prinsip mengajar bahasa kedua (Moulton W.C, 1960):


  ikemahiran lisan dalam pembelajaran   bahasa


  ii.  Penggunaan ajukan dan menghafaz


  iii.  Untuk melatih bentuk-bentuk bahasa agar menjadi   tabiat  digunakan latihan-latihan pola


  iv.  Penggunaan bahan-bahan seperti makmal bahasa


  v.  mengadakan rancangan-rancangan pembelajaran   kendiri untuk membantu pembelajaran serta   mendapat kesanrangsangan-gerak balas




nBrooks (1964) -  setiap orang yang bertutur telah menguasai bahasa ibundanya melalui ajukan dan analogi tanpa sebarang pertolongan daripada analisa, maka adalah wajar apabila sebahagian daripada kebolehan ini akan menolongnya dalam mempelajari bahasa asing.  Latih tbi menggalakkan kebolehan ini berfungsi




nHUBUNGAN BAHASA PERTAMA DENGAN BAHASA KEDUA


nTerdapat perbezaan kaedah mengajar bahasa Melayu kepada penutur natif dan bukan natif


nSetiap bangsa mempunyai bahasa ibunda tersendiri yang mempunyai peranan penting dalam membentukweltanschauung’nya sendiricara individu atau sekumpulan individu mentafsir atau memberi nilai kepada pelbagai fenomena yang berada di sekeliling mereka


nOleh sebab setiap bangsa mempunyai bahasa ibundanya yang tersendiri, maka setiap bangsa mempunyai sistem nilai yang tersendiri dan ia berlainan pada aspek-aspek tertentu dengan sistem nilai bangsa-bangsa lain


nAsmah Hj Omar (1987) – setiap bangsa mempunyai weltanscauung yang tersendiri yang menyebabkan para penuturnya melihat sesuatu fenomena yang serupa sama ada fenomena deria atau bukan deria dengan cara yang berbeza daripada penutur bahasa-bahasa lain


nJelasnya, penutur natif sesuatu bahasa adalah berbeza dengan para penutur bahasa kedua bahasa tersebut


.Perbezaannya:


  1.  Tatacara penguasaan
  2.  Kesengajaan atau kebebasan memilih
  3.  Fungsi
  4.  Tahap kejayaan penguasaan