1.0 Pengenalan
Pendidikan konservasi perlu dilakukan sejak kecil kerana pada usia itulah pelajar akan mereka diberi pengetahuan mengenal dan memahami pentingnya konservasi alam. Ini akan membawa kesedaran kepada mereka tentang kewajipan memelihara dan memulihara alam sekitar, sikap serta tindakan positif terhadap alam.
Melalui guru yang dilatih,badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diharapkan penyebaran informasi tentang konservasi alam dapat disampaikan kepada generasi masa depan yang akan menjadi pemimpin bangsa yang mempunyai keberanian, bertangggung jawab, menjunjung tinggi nilai etika dan mempunyai visi yang berwawasan.
Di Malaysia, pendidikan luar secara tidak formal bermula dengan aktivinya dijalankan di maktab perguruan untuk pelatih guru yang mengikuti program pendidikan jasmani. Aktiviti seperti berkayak, menjelajah, mendaki gunung dan perkhemahan diperkenalkan kepada guru pelatih.
Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan mennyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.
Alam menghasilkan sumber keperluan untuk manusia. Daripadanya terhasil sumber makanan, minuman, tenaga, dan alat perhubungan. Alam sekitar yang bersih serta ekosistem yang terpelihara daripada pencerobohan akan dapat memberikan keselesaan dalam kehidupan. Oleh itu, manusia hendaklah memelihara alam sekitar dengan baik dan bertanggungjawab supaya tidak berlaku pencemaran.
2.0 Objektif Pendidikan Konservasi
Pendidikan konservasi ialah suatu usaha sadar yang dilakukan berulang-ulang atau terus menerus yang bertujuan supaya masyarakat memiliki kesadaran dan kepedulian terhadap konservasi sumberdaya alam dan segala permasalahannya yang memiliki pengetahuan, sikap, keahlian, motivasi dan komitmen untuk ikut memecahkan masalah konservasi.
Tujuan pendidikan konservasi termasuklah kesadaran dan kepekaan terhadap sumberdaya alam termasuk permasalahannya. Ini mengembangkan kepekaan individu dan kelompok komuniti dan bangsa-bangsa terhadap konservasi alam semula jadi. Contohnya masalah ‘Green house effect’, penipisan lapaisan ozon dan kenaikan purata suhu merupakan isu-isu yang patut kita mengambil perhatian.
Seterusnya ialah Pengetahuan (knowledge). Iaitu pengetahuan dan pemahaman yang mendalam terhadap alam sekitar, permasalahan peranan dan tanggung jawabnya.Iaitu memberikan kesempatan kepada semua orang untuk mendapatkan kesadaran, pengetahuan, keahlian dan komitmen untuk berganding bahu melakukan konservasi alam semula jadi. Kita sebgai anak bumi, mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan keindahan bumi ini.
Objektif yang seterusnya ialah Sikap (attitude). Nilai-nilai sosial, rasa kepedulian yang kuat terhadap alam, motivasi untuk berperan serta dalam upaya-upaya perlindungan, pengawetan dan pemanfaatan alam secara lestari harus ditanam dalam diri pelajar. Dengan membentuk pola perilaku yang ramah terhadap alam semula jadi, sumber-sumber yang semakin kurang akan dihargai oleh generasi akan datang dan tidak akan menghadapi masalah kehausan sumber.
Seterusnya ialah kemampuan mengevaluasi (evaluation ability). Sekiranya setiap pelajar mempunyai kemampuan mengevaluasi konservasi alam dan program pendidikan dari segi ekologi, ekonomi, sosial, estetika dan pendidikan. Sudah tentu alam sekitar pada masa depan dapat dipelihara dan masalah pencemaran atau pelupusan haiwan dapat diatasi.
Objektif yang terakhir dinyatakan ialah peranserta (participation). Apabila pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti konservasi, mereka dapat mengembangkan rasa tanggung jawab terhadap suatu permasalahan konservasi alam sehingga dapat mengambil tindakan yang relevan untuk pemecahannya. Contonya mereka akan menggunakan pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah peningkatan suhu dunia dengan cara yang saintifik berikutan dengan
kemajuan teknologi.
kemajuan teknologi.
3.0 Aktiviti Memelihara dan Memulihara Alam Sekitar
Beberapa aktiviti boleh dianjurkan dengan kerjasama pihak sekolah, ibu bapa, badan kerajaan dan juga badan swasta untuk menimbulkan kesedaran pelajar. Melalui aktiviti-aktiviti yang telah dianjur, pelajar akan memahami tentang kepentingan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.
Kempen-kempen yang berkaitan dengan mengurangkan bahan buangan, mengguna semula dan mengitar semula 3R (Reduce, Reuse, Recycle) di sekolah-sekolah. Pihak sekolah juga boleh bekerjasama dengan kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha menggalakkan pelajar mengitar semula bahan buangan mereka. Kempen-kempen kitar semula akan membawa kesan yang positif jikalau kita mengamalkan amalan ini sejak kecil. Dari aspek
manusia, kita dapat menimbulkan kesedaran dalam diri tentang kepentingan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Dengan mengitar semula buku-buku, surat khabar lama dan maskah-naskah,dapat memelihara dan memulihara dari aspek tumbuhan. Ini kerana kitar semula kertas akan dapat mengurangkan aktiviti penebangan pokok. Semakin tinggi keperluan terhadap kertas bermakna lebih banyak pokok akan ditebang. Jikalau hutan tidak dimusnah oleh kegiatan manusia, habitat haiwan juga dapat dilindungi. Dari aspek alam pula, amalan kitar semula barang keperluan akan membantu mengurangkan kebergantungan kita terhadap alam sekitar dan memelihara sumber alam sekitar.
manusia, kita dapat menimbulkan kesedaran dalam diri tentang kepentingan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Dengan mengitar semula buku-buku, surat khabar lama dan maskah-naskah,dapat memelihara dan memulihara dari aspek tumbuhan. Ini kerana kitar semula kertas akan dapat mengurangkan aktiviti penebangan pokok. Semakin tinggi keperluan terhadap kertas bermakna lebih banyak pokok akan ditebang. Jikalau hutan tidak dimusnah oleh kegiatan manusia, habitat haiwan juga dapat dilindungi. Dari aspek alam pula, amalan kitar semula barang keperluan akan membantu mengurangkan kebergantungan kita terhadap alam sekitar dan memelihara sumber alam sekitar.
3.2 Jungle Trekking
Pihak sekolah boleh menganjurkan aktiviti jungle trekking sempena cuti penggal untuk menambahkan pengetahuan pelajar tentang kepentingan dan keindahan hutan. Sebagai contoh, guru boleh membawa pelajar-pelajar ke hutan negara. Sepanjang perjalanan, Guru boleh membuat penerangan tentang keunikan tumbuhan dan juga kegunaan dalam perubatan. Ini dapat menimbulkan kesedaran kepada pelajar tentang penggunaan tumbuhan dan juga kesan memusnahkan hutan. Apabila menjalankan aktiviti ini, pelajar berpeluang melihat haiwan-haiwan yang tinggal di dalam hutan seperti arnab liar, burung, katak dan sebagainya. Guru boleh mengambil peluang untuk memberikan pendidikan kepada mereka bahawa hutan merupakan habitat haiwan dan tumbuhan. Jika pokok-pokok ditebang, habitat akan dimusnah. Keseimbangan alam sekitar juga akan menjadi tidak seimbang, bencana alam seperti banjir kilat, tanah runtuh dan hakisan tanah akan melanda bumi.
3.3 Aktiviti Menanam Pokok
Berikutan dengan aktiviti penebangan pokok semakin giat dijalankan, kuantiti hutan di dunia menjadi semakin kurang. Untuk menimbulkan perasaan cinta akan alam sekitar, pihak sekolah boleh menganjurkan aktiviti menanam pokok dengan bekerjasama dengan badan kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Setiap pelajar dikehendaki menanam sepohon pokok di sekeliling sekolah dan bertanggungjawab untuk menjaga pokok tersebut. Melalui proses menanam, menjiram, mencabut rumput dan menangkap serangga perosak, mereka akan lebih berusaha memelihara dan memulihara alam sekitar. Di samping itu, mereka
akan memahami bahawa tumbuhan merupakan sumber makanan dan habitat haiwan. Jikalau pokok-pokok ditebang dan tidak ditanam semula, kehidupan haiwan dan manusia akan terjejas.
3.4 Perkhemahan
Semasa menjalankan perkhemahan di hutan, pelajar akan mempelajari pengetahuan hidup dengan menggunakan sumber hutan. Mereka akan belajar menangkap ikan, mencari sayur-sayuran atau buah-buahan liar dan menggelakkan diri daripada binatang buas. Melalui pengalaman ini, mereka akan mempelajari kepentingan hidup harmoni dengan alam sekitar. Jikalau hutan telah dimusnah, manusia juga tidak dapat meneruskan hidup. Habitat haiwan juga
akan musnah, banyak binatang akan menghadapi gugutan. Jikalau tumbuhan-tumbuhan dan haiwan pupus, alam sekitar akan menjadi tidak seimbang, bencana alam akan dihadapi oleh manusia.
akan musnah, banyak binatang akan menghadapi gugutan. Jikalau tumbuhan-tumbuhan dan haiwan pupus, alam sekitar akan menjadi tidak seimbang, bencana alam akan dihadapi oleh manusia.
4.0 Pokok Pinang Hutan
Nama saintifik pokok pinang hutan ialah Areca catechu, bahasa Inggerisnya ialah betelnut. Manakala dalam tulisan Cina ialah 槟榔. Pokok pinang merupakan satu spesis tumbuhan palma yang tumbuh di kebanyakan kawasan tropika Pasifik, Asia, dan bahagian-bahagian Afrika timur.
Pokoknya bersaiz sederhana dengan ketinggiannya mencecah 20 meter, dengan diameter batangnya setebal 20-30 cm. Daunnya berukuran 1.5-2m panjangnya, berbucu tajam, dan terdiri daripada anak daun yang banyak bilangannya. Pinang ditanam untuk memperoleh benihnya yang penting dari segi ekonomi, iaitu buah pinang (betel nut). Benih ini mengandungi bahan alkaloid seperti arecaine dan arecoline, yang dianggap boleh menyebabkan rasa keasyikan dalam penggunanya apabila dikunyah. Pokok pinang ditanam dan bertumbuh di India, Malaysia, Taiwan dan banyak lagi negara Asia lain untuk benihnya. Buah pokok pinang boleh digunakandengan luas di bidang perubatan. Pucuk Areca Catechu boleh dimakanHampas pinang rebus boleh diletakkan pada luka- uka.
Di samping itu, akar dan sabut pinang yang separuh reput digunakan untuk disenteri atau disebut sebagai cirit berdarah. Akar pinang juga digunakan untuk membanyakkan kencing dan mengubati sakit perut. kanak-kanak yang cirit-birit boleh mandi dengan menggunakan campuran airnya. Selain itu, serbuk daun pinang bersama daun Atalantia dan limau digunakan untuk mengubati sakit perut. Serbuk pinang boleh membuang cacing gelang dan cacing kerawit.
Selain daripada memberikan kegunaan yang luas kepada manusia, ia juga membekalkan banyak manfaat kepada haiwan dan juga alam sekitar. Sebagai contoh, binatang liar seperti khinzir hutan, rusa dan monyet akan menjadikan buah pinang sebagai makanan. Di samping itu, pokok pinang hutan membekalkan habitat kepada binatang liar. Akar pokok pinang juga akan mengengam tanih dan meggelakkan hakisan tanah berlaku. Dengan adanya pokok-pokok pinang hutan, juga akan menjadikan hutan tersebut menjadi kawasan tadahan air. Sebagai kesimpulan, pokok pinang hutan bukan sahaja membekalkan banyak kebaikan kepada manusia tetapi juga binatang dan alam sekitar.
5.0 Rumusan
Sejak awal lagi, manusia sudah berinteraksi dengan alam semula jadi. Hanya kebelakangan ini, manusia mula memisahkan diri dari alam semula jadi. Pendidikan wujud sejak manusia dilahirkan, oleh itu pendidikan luar telah bermula sejak kewujudan manusia di dunia ini. Sejarah sosio-budaya menyatakan, pendidikan luar memperlihatkan suatu gambaran interaksi dengan alam sejak manusia berubah tempat tinggal dari alam luar ke
bangunan dan rumah.
bangunan dan rumah.
Jikalau kita tidak memelihara dan memulihara alam sekitar, sumber-sumber dan haiwan-haiwan akan mengalami masalah kepupusan. Manusia hidup saling bergantungan dengan alam sekitar, seandainya alam sekitar dimusnah, pastinya manusia akan hidup sengsara.
Bah kata, bagai aur dengan tebing. Kehidupan manusia dan alam sekitar tidak dapat dipisahkan dengan sewenang-wenangnya. Oleh itu, pendidikan awal harus diberi kepada pelajar-pelajar kerana mereka merupakan pembangkin negara pada masa akan datang. Dengan memberikan pengetahuan akan cara memelihara dan memulihara alam sekitar, keindahan alam sekitar dapat terus dinikmati oleh generasi yang akan datang. Di samping itu, kita juga dapat dengan gembira tanpa risau akan dilanda bencana alam.
No comments:
Post a Comment