SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU
2.1 Penyelarasan dan Perlaksanaan Ejaan Rumi
Sistem ejaan bahasa Melayu telah bermula pada tahun 1904 dan diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Ini adalah hasil kesepakatan bersama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Sistem ejaan tersebut adalah seperti berikut:
(i) Huruf vokal: a, e, i, o, u
(ii) Huruf diftong: ai, au, oi
(iii) Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal
(iv) Huruf konsonan gabungan: gh, kh, ny, ng, sy
2.1.1 Huruf Vokal
Dalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard. Huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o, u seperti dalam rajah di bawah.
Huruf | Fonem | di depan | di tengah | di belakang |
a
e
i
o
u
| [a]
[ə] [e]
[i]
[o]
[u]
| sapi
emak enak
itu
oleh
usang | badi
sena petak
simpan
kota
tunas | lupa
imperialisme tauge
sini
pidato
siku |
2.1.2 Huruf Konsonan
Dalam bahasa Melayu ada 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf, seperti rajah di bawah:
Bunyi | Huruf | di depan | di tengah | di belakang |
/b/
/c/
/d/
/f/
/g/
/ğ/
/h/
/j/
/k/
/x/
/l/
/m/
/n/
/ŋ/
/ń/
/p/
/q/
/r/
/s/
/ś/
/t/
/v/
/w/
/y/
/z/
| b
c
d
f
g
gh
h
j
k
kh
l
m
n
ng
ny
p
q
r
s
sy
t
v
w
y
(i) z (ii) x
| bahasa
cakap
dua
fakir
guna
ghaib
hari
jalan
kami
khusus
lekas
maka
nama
ngilu
nyata
pasang
Qur’an
raih
sampai
syarat
tali
vitamin
wanita
yang
zaman xenon | sebut
kaca
ada
tafsir
tiga
maghrib
saham
manja
paksa
akhir
alas
kami
anak
angin
hanya
apa
wuquf
bara
asli
isytihar
mata
universiti
hawa
payung
lazat - | adab
Mac
abad
maaf
beg
mubaligh
tuah
kolej
katak
tarikh
kesal
diam
daun
pening
-
siap
buraq
putar
lemas
Quraisy
rapat
-
-
-
lafaz - |
2.1.3 Huruf Diftong
Dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh gabungan dua huruf seperti dalam rajah di bawah:
Bunyi | Huruf | di depan | di tengah | di belakang |
/ai/
/au/
/oi/ | ai
au
oi | aising
aurat auditorium
oidium | ghairah trailer
saudara
boikot | pandai
harimau
amboi |
2.2 Sistem Keselarasan Huruf Vokal
Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.
2.2.1 Pola Keselarasan Huruf Vokal
(i) Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar.
(ii) Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.
(iii) Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang terlibat dengna sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja.
Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan baru bahasa Melayu, iaitu:
Bil. | Suku kata praakhir | Suku kata Akhir Tertutup | Contoh Penggunaan |
1. | a | a | asal talak halaman |
2. | a | i | alih tarik parit |
3. | a | u | asuh datuk baruh |
4. | e (pepet) | a | emas kelam selam |
5. | e (pepet) | i | betik ketil lebih |
6. | e (pepet) | u | belut telur perut |
7. | e (taling) | a | elak dewan perang |
8. | e (taling) | e (taling) | belek gelek leceh |
9. | e (taling) | o | elok belok telor |
10. | i | a | bilah kilang selinap |
11. | i | i | intip pilih sisih |
12. | i | u | pikul ribut tidur |
13. | o | a | otak borang sekolah |
14. | o | e (taling) | oleh boleh celoteh |
15. | o | o | obor borong kelompok |
16. | u | a | ulat bulat ketupat |
17. | u | i | ulit kulit putih |
18. | u | u | untuk buluh seluruh |
2.2.2 Kekecualian Keseluruhan Huruf Vokal
Kekecualian keselarasan vokal berlaku pada kata-kata asing, khususnya bahasa-bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris. Prinsip kekecualian vokal sama dengan prinsip keselarasan huruf vokal. Pola-pola kekecualian yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Bil | Pola Vokal | Contoh Bahasa Nusantara | Contoh Bahasa Inggeris |
1. | a-e taling | aneh kaget pamer | kabaret panel |
2. | a-o | calon lapor perabot | atom faktor |
3. | e pepet – e taling | gembleng |
|
4. | e pepet – o | bendok jempol | gabenor interkom |
5. | i-e taling | imlek | simen tiket |
6. | i-o | ijon pilon | diftong transistor |
7. | u-e taling | tulen ulet | subjek dokumen |
8. | u-o | bunglon lelucon | kupon konduktor |
9. | a-e pepet | pakem | teater |
10. | e taling |
| hipotesis objektif |
11. | e taling-u |
| petroleum spektrum |
12. | e pepet – e pepet | demdem pepet |
|
13. | i-e pepet | iseng | artikel filem |
14. | o-i |
| fosil hipokrit |
15. | o-u |
| bonus forum |
16. | u-e pepet | lumer | skuter |
17. | e taling – e pepet |
| meter |
18. | o-e pepet |
| Oktober |
2.3 Penggunaan Huruf Besar dan Huruf Kecil
2.3.1 Nama Khas
Huruf pertama pada semua nama khas seperti nama pertubuhan, syarikat, jabatan, jalan, taman perumahan dan cogan kata hendaklah ditulis dengan huruf besar. Contohnya:
Persatuan Linguistik Malaysia (PLM)
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
Jalan Maharajalela
Taman Tun Dr. Ismail
2.3.2 Kata Sendi dan Kata Hubung
Huruf pertama bagi kata sendi dan kata hubung tertentu seperti yang, di, ke, dan, atas, dan lain-lain pada tajuk ditulis dengan huruf kecil. Contohnya:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Sejarah Ekonomi dan Politik di Malaysia
Diari dan Kalendar untuk Kakitangan Jabatan
(tajuk surat / memo)
2.4 Penggunaan Tanda Baca
2.4.1 Tanda Titik atau Noktah
Singkatan bagi gelaran, jawatan pangkat dan sisipan ditulis menggunakan titik. Contohnya:
Dr. (Doktor) Sdr. (Saudara) En. (Encik)
Y.A.B. (Yang Amat Berhormat) Tn. (Tuan) Y.M. (Yang Mulia) Prof. (Profesor) Kol. (Kolonel)
2.4.2 Singkatan Umum
Singkatan yang sudah umum ditulis dengan menggunakan titik. Singkatan tiga huruf atau lebih menggunakan satu titik sahaja. Contohnya:
b.p. (bagi pihak) s.k. (salinan kepada)
u.p.(untuk perhatian) m.s. (muka surat)
dsb. (dan sebagainya) dll. (dan lain-lain)
hlm. (halaman) spt. (seperti)
2.5 Ejaan Nama Tempat / Nama Khas
Pada asasnya, ejaan nama tempat dan negeri ditulis menurut arahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri masing-masing.
2.5.1 Dalam Malaysia (Sebelum 1972)
Nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk sebelum tahun 1972 dikekalkan dengan ejaan cara lama. Contohnya:
Cheras Klang Ayer Keroh Kampong Nyior
2.5.2 Dalam Malaysia (Selepas 1972)
Bagi nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk selepas tahun 1972 digalakkan menggunakan ejaan baru. Contohnya:
Teluk Intan Taman Bukit Cahaya
Teluk Air Tawar Kampung Baharu
2.5.3 Luar Negeri (Melayu)
Nama tempat di luar negeri yang sudah biasa dieja dengan cara Melayu dikekalkan demikian. Contohnya:
Perancis Belanda Kanada
Japan Filipina Amerika Syarikat Republik Rakyat China Mesir
2.5.4 Luar Negeri (Antarabangsa)
Nama tempat di luar negeri yang dieja dengan cara antarabangsa dikekalkan demikian. Contohnya:
England New York Cuba Bosnia-Herzegovina
2.6 Ejaan Nama Orang
Ejaan nama orang menurut kehendak individu itu sendiri. Nama-nama yang telah wujud sebelum tahun 1972 dikekalkan dalam bentuk ejaan asal. Selepas tahun 1972, kita digalakkan menggunakan ejaan baru. Walau bagaimanapun, ejaan nama yang sah adalah seperti yang didaftarkan dalam sijil kelahiran dan dalam kad pengenalan.
2.7 Penulisan Partikel
Ada empat partikel dalam bahasa Melayu iaitu lah, kah, tah dan pun. Dalam ejaan baku bahasa Melayu, partikel ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya tanpa tanda sempang, seperti contoh yang berikut:
adalah siapakah bilatah
tolonglah itukah apatah
Ada dua cara menulis partikel pun iaitu:
2.7.1 Ditulis Terpisah
Partikel pun yang bermaksud ‘juga’ ditulis terpisah daripada kata yang ada disampingnya iaitu:
Apa pun yang dilakukannya tetap mendapat perhatian.
Rambutnya pun tidak bersikat.
Akibat terlalu letih, dia pun tertidur.
2.7.2 Ditulis Serangkai
Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun iaitu:
adapun andaipun biarpun kendatipun
mahupun sekalipun walaupun ataupun
bagaimanapun kalaupun lagipun meskipun
sungguhpun
2.8 Penggunaan di dan ke
2.8.1 Sebagai Kata Sendi
Berfungsi sebagai kata sendi untuk menunjukkan tempat atau arah ditulis terpisah daripada kata nama yang mengikutinya. Contohnya:
Dari Ave Maria ke jalan lain ke Roma.
2.8.2 Sebagai Kata Imbuhan
Berfungsi sebagai imbuhan ditulis bercantum dengan kata selepasnya. Contohnya:
disimpan kedua diawasi kelima-lima disyorkan kehendak
dipercepat kesemua dikenal pasti kesudahan
2.9 Penulisan Tanda Sempang
Tanda sempang (-) di dalam bahasa Melayu digunakan untuk tujuan-tujuan seperti di bawah:
2.9.1 Menulis Kata Ganda Penuh
Contohnya:
Anak-anak Pegawai-pegawai Lambat-lambat Kerusi-kerusi
2.9.2 Menyambung Suku Kata
Tanda sempang digunakan untuk menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris seperti:
...mereka yang bertang- ...mesti bersabar da-
gungjawab sahaja... lam banyak hal...
2.9.3 Perjelaskan Ungkapan
Contohnya: Ber-evolusi dengan ber-revolusi
2.9.4 Merangkaikan Huruf
Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan huruf besar dengan huruf kecil pada kata yang sama seperti:
Hamba-Mu Rahmat-Nya KDN-nya
Pro-Arab Se-Malaysia
2.9.5 Mengaitkan Kata Sendi
Tanda sempang digunakan untuk mengaitkan kata sendi ke dengan angka, seperti:
Ke-20 Ke-100 Ke-3,000
2.9.6 Merangkaikan Angka
Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran –an seperti:
Tahun 50-an Tahun 60-an Tahun 70-an
2.9.7 Menyatakan Hubungan
Tanda sempang digunakan untuk menyatakan hubungan antara kata-kata pada rangkai kata setara tertentu atau kata istilah seperti:
Alat pandang-dengar
Lebuh raya utara - selatan