KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA KaMi GuRu MaLaYsIA

Wednesday, October 27, 2010

Bahasa Melayu 2

1.0  PENGENALAN
Wacana ialah unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Oleh sebab wacana ialah unit bahasa yang tertinggi, maka wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa. Secara umumnya wacana dapat dikaitkan dengan TIGA kategori besar iaitu:
·         Melampaui ayat
·         Penggunaan bahasa dan
·         Amalan sosial yang meliputi bukan linguistik & bukan tentu bahasa.

Terdapat TUJUH ciri dalam wacana iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks. Sebuah wacana yang baik akan memenuhi ciri-ciri wacana yang telah dikemukakan.

Selain itu, wacana pula terbahagi kepada DUA jenis iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan iaitu melibatkan hubungan pembicara dan pendengar manakala wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang mana melibatkan hubungan antara penulis dengan pembicara.

Setiap wacana mempunyai penanda yang juga dikenali sebagai penanda wacana. Antara fungsi penanda wacana ialah  sebagai tambahan, urutan, penyataan semula, untuk menunjukkan sebab, kesan waktu dan tempat serta berfungsi untuk membuat bandingan serta rumusan sesuatu wacana.

Penanda wacana amat penting kepada sesuatu wacana kerana tanpa penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Secara umumnya penanda wacana dalam bahasa melayu terdiri daripada penanda leksikal, penanda rujukan, penanda penghubung, penanda penggantian dan penanda elipsis atau pengguguran.


2.0  DEFINISI WACANA

Perkataan Wacana adalah padanan perkataan discourse dalam bahasa Inggeris. Perkataan discourse dalam Kamus Webster, 1983 : 522 bererti hubungan fikiran dengan kata-kata, ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan atau percakapan. Hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan, risalah tulisan, disertasi formal, kuliah, ceramah serta khutbah.

Perkataan wacana menurut Kamus Dewan Edisi Baru 1993 : 1484bermaksud ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan.

Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana. Wacana adalah sebagaikesinambungan cerita dengan bahasa yang mudah dan kesinambungan ini ditunjang oleh jalinan maklumat. Dalam bidang pendidikan Bahasa Melayu pula telah diperkenalkan beberapa definisi wacana. Dari segi hierarki tatabahasa , wacana terletak pada heirarki yang tertinggi selepas ayat, seperti yang tergambar dalam rajah berikut                      

Perkataan --> Ayat --> Klausa --> Frasa --> Wacana

Keseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasa.
Berdasarkan erti perkataan wacana di atas, dapat disimpulkan bahawa perkataan wacana itu sama dengan perkataan ucapan yang utuh untuk wacana lisan, dan karangan yang utuh untuk wacana tulisan dalam pengajaran bahasa Melayu sebelum ini.

Wacana ialah satu unit bahasa yang lengkap . Ia melebihi tingkat ayat. Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut:
a)    Pendahuluan
b)    Tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal)
c)    Penutup
d)   Graf, jadual, peta dan statistik.

Wacana boleh ditulis dalam pelbagai bentuk penulisan, iaitu sama ada naratif (pemerian), deskriptif (pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan. Untuk memperoleh gambaran yang lebih jelas, definisi wacana telah dihurai serta diterangkan oleh beberapa tokoh bahasa di bawah ini, antaranya ialah:

1.    Asmah Haji Omar (1982)  
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya.
Menurut beliau lagi, wacana tidak mempunyai satu-satu jenis ayat yang terdiri dengan utuhnya tanpa dipengaruhi oleh proses-proses kelahiran ayat. Ini bermaksud bahawa ayat yang selalu didapati dalam struktur dan sistem secara teratur. Asmah telah membezakan ayat sistem daripada ayat wacana. Ayat sistem adalah ayat atau tutur yang dikeluarkan dan diasingkan dari konteks wacana, sedangkan ayat wacana yang juga disebut ayat teks adalah ayat yang betul-betul terdapat dalam wacana teks dan wacana lisan.

2.    Raminah Haji Sabran (1984:218) dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan
Wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau lagi, wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap.

3.    Fokker (1951)
Hubungan kesinambungan cerita itu dapat menunjukkan secara nahuan, iaitu perujukan (verwijzing), kata-kata penghubung (verbindingswoorden) dan pengguguran (ellips). Kesatuan makna dalam wacana seperti yang diterangkan di atas akan dilihat dari segi makna logik dan makna tautan. Makna tautan inilah yang merupakan konsep semantik dan merujuk kepada perkaitan kebahasaan yang didapati pada suatu ujaran yang membentuk wacana.

4.    Stubbs, Michael
Beliau menyatakan bahawa wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa. Dengan kata lain, wacana merupakan unit-unit linguistik yang lebih besar daripada ayat atau klausa, seperti pertukaran-pertukaran percakapan atau teks-teks tertulis. Secara ringkas, yang disebut teks bagi wacana adalah ayat bagi ujaran.

5.    Harimurti Kridalaksana (1984:204)
Harimurti menyatakan bahawa wacana adalah satuan bahasa terlengkap; dalam hierarki tatabahasa merupakan satuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku, ensiklopedia, dan sebagainya, paragraf, ayat atau kata yang membawa amanat yang lengkap.

6.    Anton M.Moeliono (1995:407)
Beliau mendefinisikan wacana adalah rentetan kalimat yang berkaitan sehingga terbentuklah makna yang serasi di antara kalimat itu.

7.    Henry Guntur Tarigan
Henry pula menegaskan bahawa wacana adalah satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis.


Setelah dilihat beberapa huraian tentang beberapa definisi mengenai wacana yang diambil daripada berbagai-bagai sumber, dapat dilihat bahawa adanya persamaan dan juga perbezaan pendapat mengenai dengan definisi wacana yang diperolehi dari ahli-ahli linguistik ataupun penulis.
dapat disimpulkan bahawa wacana letaknya lebih tinggi daripada ayat pada skala tatatingkat tatabahasa dan mempunyai keteraturan fikiran logik (coherence) dan juga tautan (cohesion) dalam strukturnya. Wacana dicirikan oleh kesinambungan maklumat. Makna kesinambungan di sini adalah diertikan sebagai kesatuan makna. Terdapat lapan unsur-unsur penting dalam wacana iaitu satuan bahasa, terlengkap, mengatasi ayat atau klausa, teratur atau tersusun rapi, berkesinambungan, kohesi, lisan atau tulisan awal dan juga akhir yang nyata. 


3.0   PENANDA WACANA

Penanda wacana ialah unsur-unsur bahasa yang mewujudkan pertautan atau kesinambungan antara satu teks dengan teks yang lain sehingga membentuk kesatu an.
Terdapat banyak jenis penanda wacana dalam bahasa Melayu. Yang paling dikenali ialah penanda penghubung seperti dan, tetapi, walau bagaimanapun, namun, dan oleh itu.
 Dalam bahasa Melayu terdapat lima jenis penanda wacana, iaitu:
1.    Penanda leksikal
2.    Penanda rujuk-an
3.    Penanda penghubung
4.    Penanda penggantian, dan
5.    Elipsis atau penanda pengguguran. 



Aspek-aspek Keutuhan Wacana:

1.    Hubungan Dari Segi Semantik.
Dapat dilihat daripada kepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana. Hubungan ini dapat dilihat dari dua segi iaitu :
a)    Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana.
b)    Hubungan semantik yang dilihat dari segi konteks atau latar wacana.

2.    Hubungan semantik di antara bahagian-bahagian wacana.
a)    Hubungan Sebab Dan Akibat . Contoh :
·         * Amir tidak bersungguh-sungguh semasa belajar. Dia gagal dalam peperiksaan. * Dia sangat mengantuk. Dia tertidur.

b)    Hubungan Sebab Dan Tujuan . Contoh :
·         * Nabila sangat rajin belajar. Dia ingin berjaya dalam pelajaran.
·         * Murid ini rajin. Ia mahukan kejayaan yang cemerlang.

c)    Hubungan Sebab Dan Hasil . Contoh :
·         * Aisyah sangat rajin belajar. Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah * Dia seorang yang amat rajin bekerja. Pendapatannya melebihi pendapatan seorang menteri.

d)    Hubungan semantik dari segi konteks atau latar wacana.
Kesatuan Tajuk Atau Topik . Contoh :
·         * Wajahnya berseri-seri. Dia amat gembira sekarang. Perubahannya sungguh-sungguh di luar dugaan. (Orang yang dimaksudkan itu dahulunya muram dan sering bersedih.)

e)    Hubungan Sosial Antara Penutur Dan Pendengar . Contoh :
·         Sudah siap?
·         Belum. Bekalan tidak mencukupi. (Kedua-dua penutur memahami apa yang dimaksudkan walaupun orang lain mungkin tidak memahaminya.)

f)     Laras Bahasa Yang Digunakan. Contoh :
Laras bahasa dalam iklan – walaupun ayat-ayatnya diucapkan secara terputus-putus tetapi kita dapat memahaminya dan dapat menganggapnya sebagai wacana kerana itu adalah cara penyampaiannya.

3.    Hubungan Aspek Fonologi
Hubungan wacana dari aspek fonologi berdasarkan hentian, intonasi atau nada suara. Unsur-unsur tersebut dapat membezakan sesuatu wacana.

Contohnya hubungan antara ayat penyata, “ Dia sudah pergi ? ”
Perbezaan antara kedua-duanya wujud melalui nada suara semasa penutur menuturkannya.
Unsur-unsur paralinguistik juga membantu pemahaman tentang sesuatu wacana. Dalam wacana tulisan, unsur-unsur paralinguistik ini ialah alat-alat yang digunakan untuk memperjelaskan persembahan wacana.
Dalam wacana tulisan, alat-alat tersebut ialah tanda baca seperti noktah, koma, tanda soal, titik bertindih dan sebagainya. Dalamwacana lisan pula, ekspresi wajah , iaitu keadaan air muka sertagerakan tangan dan badan merupakan alat-alat untuk membantu memahami ujaran.

4.    Hubungan Aspek Tatabahasa
Penanda gramatikal yang mewujudkan keutuhan wacana ialah :
* Penanda Rujukan * Penanda Penggantian * Penanda Penghubung *Elipsis

a)    PENANDA RUJUKAN
1)    Penanda rujukan menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama tunjuk untuk menghasilkan perkaitan.
2)    Contoh penggunaan kata ganti nama diri orang : Radiah merupakan pelajar yang amat rajin. Dia telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. (Kata ganti nama diri orang yang digunakan sebagai penanda rujukan ialah dia .)
3)    Contoh penggunaan kata ganti nama tunjuk : Mangsa-mangsa banjir di Kampung Seri Murni itu telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Seri Murni. Mereka tinggal di sana sejak seminggu yang lalu. (Penanda rujukan yang digunakan ialah di sana .)

b)    PENANDA PENGGANTIAN
1)    Penanda penggantian bermaksud menggantikan sesuatu unsur bahasa dengan unsur yang lain .
2)    Contoh penggunaan penanda penggantian ialah : Pelajar-pelajar itu sering ponteng sekolah . Perbuatan tersebut hanya merugikan mereka.

c)    PENANDA PENGHUBUNG
1)    Penanda penghubung digunakan bertujuan menghubungkan katadengan kata , frasa dengan frasa , dan ayat dengan ayat . 2. Contoh penggunaan penanda penghubung :
2)    Rencana ini bertujuan melihat perkaitan antara kepakaran individudengan pembahagian tugas di tempat kerja. Selain itu , rencana ini juga akan menghuraikan amalan pengurusan dan pentadbiran di pejabat.

d)    ELIPSIS
1)    Elipsis ialah pengguguran kata , frasa , dan klausa yang telah disebut dalam ayat sebelumnya. Pengguguran dilakukan kerana pendengar atau pembaca sudah memahami maklumat tersebut.
2)    Contoh elipsis : Ani : Awak kerja di mana ? (Awak bekerja di mana ?) Abu : Taman Universiti. (Saya bekerja di Taman Universiti.) Ani : Dah lama ? (Sudah berapa lama ?) Abu : Tiga tahun. (Saya sudah bekerja di sana selama tiga tahun.)

5.    Hubungan Aspek Leksikal
1)    Hubungan ini dilihat berdasarkan wujudnya pertalian antara perkataan atau kosa kata dalam sesuatu wacana.
2)    Hubungan ini dapat diperincikan sebagai hubungan berdasarkan aspek:
a)    :Sinonim
·         Perkataan yang mempunyai maksud yang sama .
·         Contoh: Pelakon jelita itu semakin popular. Hal ini tidak menghairankan kerana wajahnya dapat menambat hati ramai jejaka.

b)    Antonim
·         Perkataan yang berlawanan maksud .
·         Contoh : Wajah yang cantik dan hodoh bukan ukurannya tetapi yang paling penting ialah hati budinya.

c)    Hiponim
·         Makna sesuatu perkataan merupakan sebahagian daripada makna perkataan lain.
·         Contoh : Dia menjaga motorsikalnya dengan baik kerana itulah sahaja kenderaan yang dimilkinya.
d)    Pengulangan kata yang sama
·         Contoh : Aminah memang mudah menangis . Disebabkan perkara kecil pun dia menangis . Semasa gembira pun dia menangis .

e)    Kolokasi
·         Dua perkataan atau lebih yang masing-masing merupakan perkataan tersendiri , tetapi kebiasaannya dikaitkan antara satu sama lain.
·         Contoh : Pembalakan haram itu menggugat habitat flora dan fauna. Banyak haiwan liar seperti harimau , gajah , badak sumbu , dan lain-lain kehilangan tempat tinggal.

f)     Unsur bersambut
·         Contoh : Pihak kerajaan mengemukakan hujah manakala pihak pembangkang membidas hujah tersebut.

No comments:

Post a Comment